Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Wan Hazel Tutorial Get This.

18 May 2012

Mantera Filem Sci-Fi Pertama Malaysia Bertaraf Antarabangsa

Assalamualaikum




Pertama kali melihat sedutan filem ini kat nasi lemak kopi O pagi tadi.
Aku ingatkan cite ape..tunggu punya tunggu aku pun pelik la npe dia jemput tomok lak..
Tapi rupa-rupanya si tomok ni berlakon dalam filem MANTERA.


Sekalung tahniah dilayangkan kepada syarikat produksi, Flare Studios Sdn Bhd kerana berani mempertaruhkan filem bercorak Sains Fiksyen bertaraf antarabangsa dengan kos yang besar, RM8.5 juta (kos yang agak besar untuk filem tempatan).


Filem ini diarahkan oleh Mohd Aliyar Al- Kutthy, filem Mantera dibarisi oleh Tomok, Shiqin Kamal, Kamaliya, Faezah Elai dan Yank Kassim.


Filem ini turut mendapat kerjasama daripada pelakon antarabangsa seperti Wael Al-Masri (Dubai), Mikhail Dorojkin (Russia), pelakon seni mempertahankan diri Russia Saide Dashuk-Nighmatulin, Daria Markova (Russia) dan penyanyi pop Ukraine serta pemenang Mrs. World 2008,Natalya Shmarenkova (Ukraine).
Namun, harus diingatkan, apabila melangkah ke dalam panggung, anda harus buang jauh-jauh bayangan filem Transformers kerana ini adalah Mantera.


Malah, tidak adil rasanya jika kita mahu membandingkan filem yang pembikinannya memakan kos lebih tinggi dengan filem yang kosnya jauh lebih kecil.
Perjalanan jalan cerita banyak menggunakan teknologi imej janaan komuter (CGI) termasuk babak yang melibatkan pertarungan robot.Malah, pada permulaan cerita, garapan Mantera dibuat sebaik seperti filem luar kerana kebanyakan dialog dilontar dalam bahasa Rusia dan Inggeris.
Selain itu, pengarah bijak memasukkan tempat-tempat menarik di Moscow dan Dubai bagi menarik perhatian penonton.


Biarpun cukup cemerlang dari teknik sinematografi , teknik pencahayaan filem ini kadangkala mencacatkan kerana ada beberapa babak, pencahayaan kelihatan suram, sekali gus menjejaskan mood.
Begitu juga dengan skrip dan perkembangan plot yang sepatutnya dipertingkatkan lagi kerana ada di antara babak di dalam filem ini, tidak meninggalkan kesan kepada penonton.Namun, Tomok sebagai teraju utama filem ini, berjaya mengekspresikan satu lakonan yang cukup baik. 


Cuma, disebabkan dialog tidak cukup kuat, buatkan lakonan Tomok kadangkala sedikit kaku.
Bagaimanapun, secara keseluruhannya, tidak mustahil andai selepas ini Mantera akan dijadikan filem rujukan buat penerbit yang mahu hasilkan filem Sains Fiksyen bertaraf antarabangsa.
Malah, bagi peminat filem tempatan yang mahu mencari kelainan, anda harus menonton filem ini. 


Namun, harus diingat agar tidak menyamakannya dengan mana-mana filem antarabangsa kerana ini adalah filem dan usaha anak tempatan yang mahu hasilkan kelainan.
Mantera mengisahkan pergolakan antara dua kumpulan rahsia yang menguasai dunia dari sebalik tabir, iaitu ‘Alliance of Light’ dan ‘Dark Legions’.




Kepada adik-adik yang kaki wayang jom kita tgk cite ini ye :D


Terima Kasih Daun Keladi,Sayang Korang{。^◕‿◕^。}

No comments: